Hj Zil malu dan kecewa ada adegan lucah dalam drama Voice Note sebelum ditapis

Sebagai penerbit, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewanya apabila pengarah, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama bersiri Voice Note yang mula ditayangkan pada Isnin lalu.

Hj Zil malu dan kecewa

Menurut Fadzil yang juga Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd, syarikat produksinya tidak pernah 'menjual' adegan lucah untuk melariskan drama.

Baca juga: Tonton drama Voice Note lakonan Sharifah Sakinah dan Amelia Henderson

"Sebagai penerbit, saya malu dan tak pernah 'menjual' adegan lucah mahupun seks untuk melariskan drama terbitan syarikat kami," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Azmi sebagai pengarah tentunya sedia maklum mengenai babak yang boleh dan tidak boleh dipertontonkan di televisyen.

"Ini adalah drama misteri dan mencemaskan. Bukan drama seks. Dia sendiri sebagai pengarah pun tentunya sedia maklum bahawa adegan yang keterlaluan sebegitu, tidak akan lepas untuk siaran di Malaysia," katanya.


Fadzil atau lebih mesra disapa sebagai Haji Zil juga menasihatkan pelakon baru supaya berhati-hati dan menolak adegan yang keterlaluan.

"Saya bersimpati dengan pelakon baru yang ikut saja cakap pengarah. Bila saya tanya kenapa mereka buat adegan begitu, kata mereka, itu adalah arahan daripada pengarah.

"Nasihat saya kepada pelakon baru terutamanya pelakon wanita, hati-hati dan tolak sekiranya ada adegan seks yang terlalu mendedahkan tubuh dan tidak ada kaitan dengan jalan cerita," katanya.

Penulis skrip drama Voice Note, Marr Mohamad berkata, adegan sebegitu memang ada di dalam skrip, namun bergantung kepada kreativiti pengarah untuk menterjemahkannya dalam bentuk visual.

"Adegan itu memang ada di dalam skrip. Apa yang boleh saya katakan, semuanya bergantung kepada kreativiti pengarah bagi menghasilkan babak terbabit dalam bentuk visual yang sesuai untuk tontonan umum," katanya.

Adegan lucah dan terlalu intim itu membabitkan dua pelakon iaitu Ikmal Amry dan Scha Elinnea, namun dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.

Harian Metro cuba menghubungi Azmi Hatta untuk mendapatkan penjelasan, namun gagal.

Drama Voice Note yang ditayangkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan ramai lagi.

pelakon voice note


Pelakon drama bersiri Voice Note kecewa apabila diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim dalam drama arahan Azmi Hatta itu.

Bagaimanapun, adegan terlalu intim membabitkan dua pelakonnya iaitu Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.

Ikmal, 25, berkata, jika ada adegan intim yang keterlaluan atau melampaui batas dia cuba elakkan.

"Sebagai pelakon, saya ikut saja arahan pengarah kerana tugas saya adalah berlakon. Namun, jika sudah melampaui batas, saya kena fikir banyak kali juga," katanya.

Ikmal berkata, jika adegan itu diluluskan, dia bimbang akan menjadi mangsa kecaman netizen.

“Pastinya semua akan kena kecam. Pelakon, pengarah sehinggalah produksi. Saya jadikan ini sebagai pengajaran kerana saya nak jaga nama baik saya dan produksi juga," katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata, dia tahu babak begitu takkan diluluskan untuk tayangan.

“Drama ini adalah untuk tayangan umum dan sudah termaktub bahawa ada adegan yang keterlaluan akan dipotong. Kalau sudah tahu ia takkan 'lepas', kenapa kita masih perlu buat juga?” katanya.


Ditanya sama ada dia tahu mengenai jalan cerita dalam skrip Voice Note, pelakon berusia 20 tahun itu berkata, dia mengetahuinya.

"Dalam skrip memang ada adegan sedemikian, tapi tidaklah spesifik seperti mana yang kami perlu buat," katanya.

Isu ini timbul selepas penerbit, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewa dengan pengarah drama bersiri Voice Note yang mewujudkan beberapa adegan berunsur lucah dalam drama itu.

Penulis skripnya, Marr Mohamad berkata, adegan itu memang ada di dalam skrip tetapi ia bergantung kepada kreativiti pengarah untuk menterjemahkannya dalam bentuk visual.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi pengarahnya, Azmi bagi mendapatkan komen mengenai isu ini tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej di aplikasi WhatsApp.

Voice Note yang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam turut menampilkan lakonan Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan ramai lagi. - HMetro

Related Posts

Load comments