Drama Imaan di Astro Ria lakonan Remy Ishak dan Nora Danish

Drama Imaan (tajuk cadangan sebelum ini, Surat Cinta Buat Tuhan) akan mula bersiaran di Astro Ria pada 1 Mei ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9 malam. Merupakan adaptasi drama Pakistan bertajuk Khuda Aur Muhabbat (2011). Terbitan syarikat Global Station Sdn Bhd, skrip tulisan Adzim Shahabudin dan team, manakala arahan penagarah Yusry Abdul Halim.

Drama Imaan

Para Pelakon

Remy Ishak, Nora Danish, Fendy Bakry, Fikhree Bakar, Rahim Razali, Dian P Ramlee, Wan Sharmila, Rahim Omar, Eizlan Yusof dan ramai lagi.



Lagu Tema / Sisipan

Nanti - Dayang Nurfaizah
Cinta Syurga - Dato' Seri Siti Nurhaliza
Pondok Usang - Black
Haruskah - Asmidar
Dia - Inteam
Ya Allah - Lah Ahmad
Kehadiranmu - Lah Ahmad

Video Promo Terbaru


Sinopsis Drama Imaan

Kisah Imaan, seorang gadis kampung yang membesar dalam keluarga yang warak. Bapanya, Maulana adalah seorang guru tahfiz di kampung. Kerana tidak dapat menyambungkan pelajaran, Imaan kini berguru dengan Abdullah di tahfiz pada waktu malam.

Sejak bertemu dengan Imaan, Hezrey seorang lelaki bandar berusaha untuk mengenali Imaan. Walaupun kurang didikan agama, Hezrey sanggup berubah untuk meletakkan dirinya sebagai menantu dan di terima oleh keluarga Imaan.

Hezrey juga tertekan apabila keluarganya cuba menjodohkannya dengan Yasmin.


Gambar Pelakon

Drama Surat Cinta Buat Tuhan







Jangan lupa ikuti kisah selanjutnya drama Imaan ini pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9-10 malam di saluran Astro Ria.

Related Posts

Load comments