Drama Nur mungkin akan ke pentas teater September ini

Drama Nur mungkin akan ke pentas teater September ini. Pengarah dan penerbit drama bersiri popular Nur dan Nur 2, Shahrulezad Mohameddin teruja dan berterima kasih dengan pihak Istana Budaya yang memberi peluang membawa drama itu ke pentas teater.

pengarah drama nur

Bagaimanapun, Shahrulezad ketika dihubungi berkata, buat masa ini dia belum memberikan sebarang persetujuan sama ada mahu menerima atau tidak tawaran mementaskan Nur di panggung berprestij itu.

Baca juga: Tonton drama Nur 2 lakonan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle

“Saya memang bangga dengan tawaran itu. Membawa drama Nur ke pentas teater akan meningkatkan lagi portfolio saya sebagai penerbit dan pengarah. Bagaimanapun, untuk mementaskan Nur tidak mudah kerana ia turut membabitkan pihak lain,” katanya.

Ezad berkata, bagi membolehkan Nur dipentaskan di Istana Budaya, ia bergantung penuh kepada barisan pelakon utamanya.


“Mereka (Istana Budaya) memberikan tarikh September ini dan pada saya ia amat suntuk. Tidak mungkin kami mampu mementaskannya dalam tempoh yang sangat singkat.

“Namun, saya cuba mendapatkan jadual daripada pelakon utama Nur bagi membolehkan pementasan ini dapat diadakan. Setakat ini saya belum mendapat sebarang jawapan dan pastinya ia agak sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Nur 2 yang ditayangkan sepanjang April lalu mencatat kejayaan sebagaimana musim pertama apabila memperoleh rating 10 juta tontonan secara terkumpul dengan episod akhir mencatat 3.6 juta tontonan.

Related Posts

Load comments