Drama Cari Aku Di Syurga lakonan Aeril Zafrel dan Janna Nick

Saksikan bermula 6 Mei ini pada bulan Ramadan drama bertajuk Cari Aku Di Syurga yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin, skrip nukilan Nurul Halawati dan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd.

Drama Cari Aku Di Syurga

Para Pelakon

Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan dan ramai lagi.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Ep17&18

Lagu Tema / OST

Tiada Dirimu - Shila Amzah
Bukan Cinta - Amylea
Denganmu Crissie Suzanne & Farouk Roman
Menunggu - Amylea

Sinopsis Cari Aku Di Syurga

Anas dan Lisa merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Dr. Arsyad.

Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas. Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Dr. Arsyad kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya.

Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Gambar Pelakon

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga

Pelakon drama Cari Aku Di Syurga 2

Jangan lupa ikuti kesudahan drama Cari Aku Di Syurga yang bersiaran 18 epsiod Ramadan nanti di TV3.

Related Posts

Load comments