Drama 30 Pesanan Suara lakonan Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan Saharul Ridzwan

Bakal ditayangkan drama 30 Pesana Suara pada 6 Mei di bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya, skrip Nieza Nahar dan terbitan syarikat Suhan Movies & Trading Sdn bhd. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV3.

Drama 30 Pesanan Suara

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Zarina Zainuddin, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Isaac Iman.

Baca juga: Drama Bukan Cinta Aku lakonan Janna Nick, Syafiq Kyle, Baim Wong dan Mimi Lana



Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara

Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman.

Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira

Gambar Pelakon

Drama 30 Pesanan Suara

Drama 30 Pesanan Suara

Drama 30 Pesanan Suara

Drama 30 Pesanan Suara

Drama 30 Pesanan Suara

Drama 30 Pesanan Suara

Berita berkaitan

Lama menanti peluang berlakon, Zarina Zainuddin bersyukur diberi tawaran membintangi drama rantaian berjudul 30 Pesanan Suara terbitan Suhan Movie, milik Datuk Rosyam Nor.

Bakal disiarkan dalam slot Akasia di TV3, Ramadan ini, Zarina mengaku pasrah apabila lama menunggu tawaran sedangkan hati rindu untuk beraksi di kaca televisyen (TV).

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu, akhirnya saya dapat tawaran daripada produksi milik Rosyam Nor yang akan disiarkan, Mei depan.

“Bagi saya, setiap pelakon bukan sekadar beraksi, sebaliknya ada peranan besar dalam karakter yang cuba dihidupkan. Dunia lakonan adalah jiwa saya dan pada masa sama, medium untuk melepaskan tekanan.

“Lebih-lebih lagi apabila membawa watak antagonis, segala amarah dan masalah dizahirkan dalam lakonan.

“Membesarkan dua anak autisme, saya tidak boleh meninggikan suara di rumah, jadi lakonan adalah platform untuk saya,” katanya.

Selain Zarina yang memegang watak Puan Intan, drama berkenaan dibintangi Shukri Yahaya dan Hannah Delisha sebagai teraju utama.

Berkongsi perkembangan perniagaan pulut kuning dan rendang yang diusahakan, Zarina bersyukur produknya mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya ada 18 pekerja dengan kebanyakan daripada mereka adalah anggota keluarga. Selain rakan artis, orang ramai juga membantu mengembangkan bisnes pulut kuning saya ini,” katanya.

Jangan ketinggalan mengikuti drama 30 Pesanan Suara ini yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3.

Related Posts

Load comments