- Seperti Iriz, Persona juga kekal dengan rupa luaran yang diperbaharui, paling menonjol di bahagian grill dengan elemen Infinite Weave dan Ethereal Bow.
- Lampu DRL diposisikan lebih tinggi berbanding yang terdapat di Iriz
- Bumper belakang juga menerima rekaan baharu, tampak lebih kena dengan imej Persona berbanding model pra-facelift.
- Antena sirip jerung kini merupakan aksesori standard untuk semua varian
- Rekaan rim juga diperbaharui dan dilihat lebih sesuai menduduki ruang arca roda Persona Facelift
- Bahagian belakang kini lebih ringkas tanpa logo harimau Proton, dan digantikan dengan tulisan Proton.
- Secara keseluruhannya, apa yang ada pada Iriz Facelift turut ditawarkan pada Persona Facelift, seperti rekaan kluster meter yang lebih berjiwa muda, tidak membosankan.
- Sistem audio baharu didatangkan dengan ciri Hi Proton, dan akaun 4G dengan kuota 1GB sebulan bagi pembeli varian Premium.
- Layangan warna dua tona masih lagi menguasai ruangan kabin Persona bagi menampakkan ia lebih luas.
- Menurut Proton, 303 aspek penambahbaikan telah diberikan perhatian bagi menjadikan pemanduan Persona baharu lebih senyap, dan lebih responsif.
- Ia termasuklah menala kembali kotak gear CVT bagi menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih jimat.
- Enjin VVT 1.6 liter masih dikekalkan, tiada sebarang perubahan dilakukan pada output 107 hp dan 150 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 4,000 rpm.
- Sistem keselamatan masih lagi menjadi fokus utama Proton untuk Persona, di mana ciri ABS, EBD, kawalan kesabilan, Bantuan Mula Mendaki dan Cagak ISOFIX adalah kelengkapan standard.
- Versi Premium didatangkan dengan enam buah beg udara.
Varian Proton Persona 2019
- Persona 1.6 STD MT - RM42,600
- Persona 1.6 STD CVT - RM44,600
- Persona 1.6 EXEC CVT - RM49,600
- Persona 1.6 PREMIUM CVT - RM54,600
Video review Proton Persona 2019
Spesifikasi Proton Persona 2019
Standard 1.6L MT
1.6L VVT (107 hp/150 Nm)ABS, EBD, BA, ESC, TCS
Bantuan Mula Mendaki (HHA)
Beg Udara (2x)
Sensor hadapan
Rim aloi 15 inci
Dua speaker
2 slot pengecas USB
ECO Drive Assist
Antena Sirip Jerung
Upholsteri Fabrik
Tricot Headlining
Tulisan Proton di belakang
Paparan multi-info LCD
Spoiler belakang
Tombol gear baharu
Standard 1.6L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:CVT
Executive 1.6L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:sistem multimedia 7 inci skrin sentuh
tempat duduk semi-kulit
4 Speaker
Butang Mula Pandu
Kemasukan pintar
Stereng dengan butang multi-fungsi
Paparan multi-info TFT
Lampu nyalaan siang LED
Remote Trunk Release
Kamera Undur dengan garisan dinamik
Sambungan kepada peranti pintar
Premium 1.6L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:Sambungan 4G dan Wi-Fi
Ciri Arahan Suara
Navigasi dalam talian
Penstriman Muzik dalam talian
6 beg udara
Lampu utama automatik
Stereng balutan kulit
Cermin pandang belakang nirrangka
Tombol gear CVT ala-ala Proton X70
Proton juga turut menawarkan pakej servis yang dikecualikan kos buruh selama tiga kali, cukai jalan percuma selama dua tahun untuk 1,000 pelanggan pertama, dan kadar faedah pembiayaan serendah 2.93%.
Perlindungan insurans juga turut merangkumi perkara berikut:
Gambar Proton Persona 2019
Bagi sebuah kereta sedan segmen B dengan pemanduan yang mantap, selesa dan meyakinkan malah harga yang kini lebih murah, Proton Persona 2019 ternyata merupakan satu produk yang amat berbaloi untuk dibeli.