(Video) Sepanjang 3 tahun Fathia berasa tidak ikhlas dan terpaksa bertudung

Sepanjang 3 tahun Fathia berasa tidak ikhlas dan terpaksa bertudung. Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff, 32, mengaku enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

fathia buka tudung

Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.

Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.

"Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.




"Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah.

"Saya mahu membersihkan hati dulu, sebelum berubah," katanya kepada BH Online.

Pelakon yang pernah melonjak popularitinya menerusi drama Ariana Rose itu memberitahu, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa 'dipijak' dan dihina.

"Lebih baik, saya bersikap jujur daripada hidup berpura-pura."Saya gembira dan merasakan kembali bersemangat untuk hidup apabila melakukan apa yang saya suka.

"Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki," katanya.

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung, Ahad lalu. Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

Selepas pelakon Emma Maembong membuat keputusan menukar penampilan dengan tidak lagi berhijab, kini aktres sensasi Fatiha Latiff turut melakukan perkara yang sama.

Pelakon drama Ariana Rose yang sebelum ini memuat naik foto terbaharu tanpa memakai tudung muncul buat pertama kali dengan penampilan terbaharu itu di sebuah majlis pertunjukkan fesyen pada malam Rabu.

Fathia tau Nur Fatima Abdul Latif, 32, yang kini berambut pendek berkata, tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.

“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kapada mStar.

Penampilan baru Fatiha Latiff
Penampilan baru Fatiha Latiff

Dalam pada itu Fathia berkata, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa sepanjang tiga tahun memakai hijab.

Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk berdepan kecaman dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu.

“Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala,” ujarnya.

Fathia membuat keputusan untuk berhijab penuh pada 1 April 2016.

Dalam pada itu, ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace , Fathia menjelaskan punca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini” ujarnya.

Fathia mengakui dia menyukai gaya rambut terbaharunya dan berharap ia turut diterima suatu hari nanti.

Related Posts

Load comments