Ziana Zain Akui Susah Untuk Mula Sesuatu Bisnes



Sudah banyak artis di Malaysia yang berkecimpung dalam dunia peniagaan termasuklah penyanyi Ziana Zain. Beliau yang kini sedang rancak menguruskan perniagaan tudung mendedahkan bahawa bukan mudah bagi seseorang itu dalamam memulakan sesuatu perniagaan.

Ziana menjelaskan bahawa untuk berjaya dia perlu dengan sendiri melalui segala proses dalam menjalankan perniagaan termasuklah menguruskan pengeluran produk bermula dari awal.

“Sebenarnya kalau sekadar cakap, tetapi apabila kita sudah terlibat, kita tahu sangat susah. Banyak perkara dan prosedur yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum produk tersebut dapat dijual.” 

“Antara cabarannya adalah ialah soal pemilihan kain, kerja kerja produksi, promosi, mencari stokis dan banyak lagi.”

“Saya sendiri melalui kepayahan ini, jadi dari situ saya sedar begitu susah nak buat bisnes. Pernah terdetik dalam hati, rasanya menyanyi lagi senang daripada buat bisnes,” katanya kepada Utusan Online.

Walaubagaimanapun, Ziana dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia gembira dengan pengalaman tersebut, satu bidang yang yang belum pernah diceburinya sebelum ini.

Related Posts

Load comments