Saharul Ridzwan Mohon Kemaafan Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci




Sebelum ini Neelofa bersama dengan keluarganya berangkat ke Mekan melaksanakan umrah dan telah selamat kembali ke Malaysia dengan selamat.

Hari ini pula tiba giliran pelakon kacak, Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir akan berangkat mengerjakan ibadah umrah. Seperti kebiasaan, Saharul telah memohon ampun dan maaf sebentar tadi menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam status tersebut dia memohon orang ramai mendoakan beliau dan isteri supaya selamat sampai ke destinasi dan selamat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna.

Kami dan semua peminat akan mendoakan yang terbaik untuk Saharul Ridzwan dan Deena Emir yang kini sedang hamil anak pertama serta berharap mereka selamat pergi dan balik. Semoga ibadah mereka di Tanah Suci berjalan dengan lancar juga. Amin.


Related Posts

Load comments