Alah Udang Awet, Nabila Huda Gatal Seluruh Badan




Badan pelakon popular Nabila Huda dipenuhi ruam gatal gara-gara dia termakan udang yang telah diawet dengan bahan kimia. Kejadian itu yang berlaku beberapa hari lalu menyebabkan dia terkejut selepas seluruh tubuhnya gatal-gatal dan timbul bintik merah.

“Saya cuma makan udang yang dibeli dan dimasak sendiri. Selepas mengalami alahan teruk Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa udang yang saya beli itu diawet dengan bahan kimia supaya tahan lama”

“Seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik merah, tetapi mujurlah bahagian muka tidak terlalu teruk. Sebelum ini, saya memang selalu makan udang kerana ia makanan laut kegemaran saya dan tak pernah pula alami perkara sebegini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurutnya, keadaannya kini masih belum pulih sepenuhnya dan masih berusaha mengenal pasti punca penyakit yang dialami. Buat masa sekarang beliau terpaksa mengambil langkah mengawal pola pemakanannya bagi mengelakkan dijangkiti semula alahan tersebut.

Bagi menurangkan rasa gatal, pelakon wanita itu terpaksa bergantung kepada ubat yang diberikan oleh doktor. Beliau turut berharap peminat mendoakan kesihatannya kembali pulih bagi membolehkannya meneruskan kerja yang tergendala secepat mungkin.

Related Posts

Load comments