Janna Nick Tetap Serasi Walau Ashraf Muslim Jaga Batas




Sudah lama ditayangkan di kaca televisyen, Drama Biar Aku Jadi Penunggu sudah bersiaran sebanyak 22 Episod. Sudah pasti peminat sudah dapat melihat sejauh mana keserasian pelakon utama drama berkenaan iaitu Janna Nick dan Ashraf Muslim.

Di awal tayangan drama ini, ramai yang memberi maklum balas bahawa Ashraf muslim tidak sesuai digandingkan dengan Janna kerana faktor umur. Jarak umur antara dua pelakon berkenaan adalah sekitar 14 tahun. Selain itu watak afeef dalam BAJP adalah terlalu muda untuk dilakonkan oleh Ashraf Muslim. Namun kita dengar sendiri apa kata Janna berkenaan Pelakon Ashraf Muslim.

Menerusi temubual bersama ProjekMMO, Janna Nick menceritakan serba sedikit pengalamnya berlakon bersama Ashraf Muslim dalam menjayakan drama 28 episod arahan Michael Ang itu.

Janna, nama popular Nurul Jannah Muner berkata dia cuba menonjolkan keserasian bersama Asharaf walaupun terdapat batasan ketika membintangi “Biar Aku Jadi Penunggu”.

“Berlakon dengan Ashraf pada mulanya saya agak risau sebab beliau antara pelakon yang tidak bersentuhan ala-ala ustaz.

“Bila pelakon yang ada batas ini, saya takut susah nak cipta keserasian tetapi bila sudah duduk sekali alhamdulillah senang dapat keserasian itu.

“Saya hormati syarat dia. Setiap pelakon mesti ada prinsip dia sendiri. Bila dia kata begitu. Saya ikut sajalah,”

Drama rantaian yang diadaptasi daripada novel karya Arsha ini mengisahkan Iffat Hamani lakonan Janna yang berkahwin dengan Afeef Adwan lakonan Ashraf selepas dipertemukan di bangku sekolah. Afeef kemudiannya pergi sambung belajar ke luar negara dan telah berkahwin secara rahsia dengan Damia kekasih.

Sekembalinya ke Malaysia, dia membawa pulang anaknya hasil perkahwinannya dengan Damia. Afeef memujuk Iffat untuk kembali ke sisinya dan menjaga anaknya itu. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka? Saksikan drama ini sehingga tamat siarannya.

Drama ini turut dilakonkan Shah Iskandar, Miera Liyana, Wilma Mohamad dan Mahmud Ali Basha.

Janna, 21, juga mendedahkan walaupun Ashraf dikenali menjaga batas hubungan dalam lakonan namun pengamal poligami itu tetap memberi kerjasama baik dalam lakonan.

“Kita kena cari alternatif lain untuk hasilkan karya terbaik. Kalau nak cipta keserasian tetapi dia tak suka, macam mana?

“Benda itu bila dua-dua pelakon setuju nak buat, insya Allah penonton akan rasa,” katanya.


sumber: themalaymailonline

Related Posts

Load comments