![]() |
Ujang (dua dari kanan) Gambar Ihsan Facebook Empire Rock Kapak Malaysia |
Perkara itu disahkan oleh Pengurus kumpulan berkenaan, Mahadi Abdul Latif. Beliau juga menjelaskan bahawa, rakan sekerja dan jiran menemui mayat Ujang setelah memecah masuk kediamannya itu.
Kedatangan rakan-rakan sebenarnya mahu melawat Ujang yang sudah enam hari tidak hadir bekerja, sampai di rumah, baru tahu yang dia sudah meninggal dunia. Merekalah yang mula-mula menjumpai mayat kerana dia memang tinggal seorang diri di rumahnya
Ujang Samudera yang popular pada era 1990-an, dikenali bersama kumpulan Samudera dengan lagu Salam Sejahtera, Titian Hasrat, Bila Diburu Kenangan dan banyak lagu lain.