Isteri Hamil Anak Sulung, Keith Foo Bakal Bergelar Bapa



Berita gembira dikhabarkan oleh pelakon Keith Foo yang tidak lama lagi akan bergelar bapa tidak selepas isterinya, Kim Raymond disahkan mengandung anak pertama. Kandungan isterinya itu sekarang sudah mencapai tiga bulan. Keith Foo telah mendirikan rumah tangga pada dua tahun yang lalu.

Kebiasaannya, tuan punya badan yang sedang hamil akan mengidam untuk makan sesuatu yang pelik-pelik namun berbeza pula bagi Keith Foo. Pelakon yang popular menerusi Drama Ariana Rose itu dikatakan secara tiba-tiba mengidam coklat setiap hari. Sebelum ini Keith Foo menjelaskan dia tidak mengemari makanan yang manis-manis. Dia juga memberitahu bahawa berat badannya tidak naik akibat tabiat makannya itu kerana dia selalu bersenam. Isterinya pula mengidam makanan masam seperti jeruk.

“berita kehamilan ini adalah satu perjalanan dan pengalaman yang paling indah buat kami berdua,” katanya kepada portal My Artis.

Sementara itu, Keith turut bercadang untuk memperlahankan aktiviti kerjaya seninya buat sementara waktu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatan isteri. Tahniah diucapkan kepada Keith Foo dan semoga kehadiran cahaya mata sulung mereka akan menambah lagi seri kehidupan rumah tangga pasangan ini.

Related Posts

Load comments