Isu berkaitan pinjaman pelajar Malaysia menerusi PTPTN sudah dibincangkan sejak sekian lama sudah namun masih lagi tiada jalan penyelesaian. Terbaru pengarah popular Ahmad Idham menyuarakan pendapatnya berkaitan masalah PTPTN.
Bagi Ahmad Idham tidak adil bagi pelajar yang dihalang ke luar negara kerana tidak membayar kembali pinjaman tersebut. Kerajaan sebelum ini telah menggubal akta yang mana akan menyekat mana-mana pelajar yang tidak melunaskan pinjaman PTPTN selepas habis tempoh pengajian mengikut jumlah yang ditetapkan.
Ahmad juga ada memberi buah fikirannya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menyarankan pihak yang berkenaan supaya membuka peluang pekerjaan di luar negara untuk menmbah pendapatan.