Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu berita yang mengatakan pelakon jelita Hanez Suraya bakal mengakhiri kisah rumah tangganya bersama suaminya Romie Razin Adilha. Mereka mendirikan rumah tangga dalam dua tahun yang lalu dan dianugerahkan seorang anak perempuan Putri Aleesya.
Kisah perkahwinan pasangan ini dahulu pernah menggemparkan dunia seni tanah air kerana Hanez dikatakan merampas suami orang. Jadi sudah pastinya berita Hanez yang membuat tuntutan permohonan fasakh menarik kembali perhatian orang ramai.
Orang ramai menyangka rumah tangga mereka dalam keretakan, namun tiba-tiba Hanez menerusi laman Instagram miliknya memuatnaik gambar dia dan suaminya disertakan dengan kenyataan yang rumah tangganya masih stabil dan tenang.
Katanya lagi, tindakkan beliau yang berdiam diri bukanlah membenarkan kisah yang tersebar ataupun menafikan berita tersebut sebaliknya dia memerlukan masa untuk mencari ketenangan.
Sehingga kini, orang ramai masih tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku didalam rumah tangga mereka dan terus menjadi tanda tanya. Walaubagaimanapun, Hanez nampaknya tidak mahu gosip berkenaan terus berpanjangan dan masih lagi berkongsi gambar bahagia bersama suaminya.
Malah, dalam perkembangan terbaru Hanez telah memberikan kejutan romantis sewaktu hari jadi suaminya. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan Hanez, peminatnya mendoakan yang terbaik buat rumah tanggan pasangan tersebut.
Alhamdullillah sekiranya masalah yang anda antara mereka dapat diselesaikan. Kami juga sejujurnya mengharapkan agar Hanez Suraya dan Romie Razin terus kekal sehingga ke jannah. Biasalah tu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.