Lara Alana Minat Jadi Kakak, Awal Belum Sedia



Pasangan bahagia Awal dan Scha mengakui anaknya Lara banyak membawa tuah dan rezeki kepada mereka sekeluarga.

Scha juga meluahkan bahawa dia rindu untuk hamil lagi dan terkenangkan pengalamannya sewaktu berbadan dua ketika mengandungkan Lara pada tahun 2014.

Dia juga turut risau jika terdapat perubahan bentuk badan selepas bersalin namun menerima dengan hati terbuka kalau dikatakan kembali hamil dalam masa terdekat.

Pengacara Awal Ashaari mendedahkan bahawa Lara Alana sudah menunjukan minat untuk menerima adik. Walaubagaimanapun dia masih belum bersedia menimang cahaya mata kedua dalam waktu terdekat ini.

Awal menjelaskan bahawa Lara Alana masih memerlukan perhatian daripada isteri mahupun dia sendiri kerana anaknya itu masih berumur dua tahun.

Awal mendedahkan bahawa dia menyasarkan untuk menambah bilangan ahli keluarga apabila Lara menginjak usia tiga tahun.

“Tetapi sejak kebelakangan ini Lara mula menunjukkan minatnya terhadap bayi malah jika ke majlis perkahwinan dia sibuk hendak mendukung bayi yang dia nampak dan berlagak seperti seorang kakak,” ceritanya kepada mStar Online.


Related Posts

Load comments