Filem Wira lakonan Hairul Azreen dan Fify Azmi

Selepas melakar kejayaan dalam filem Paskal, Andrian Teh kembali lagi dengan filem aksi terbarunya bertajuk Wira. Filem ini merupakan terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Bakal menemui penonton bermula pada 21 November 2019.

Filem Wira lakonan Hairul Azreen dan Fify Azmi

Para Pelakon

Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii.




Sinopsis Filem Wira

Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said).

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).

Related Posts

Load comments