OST Nur 2, lagu Tetap Kamu - Amylea X Megat

OST Nur 2, lagu Tetap Kamu - Amylea X Megat. Penyanyi Amylea Azizan menolak dakwaan lagu duet terbarunya bertajuk Tetap Kamu meniru lagu Ratusan Purnama nyanyian Melly Goeslaw dan Marthino Lio.

OST Nur 2, lagu Tetap Kamu - Amylea X Megat

Namun begitu, Amylea mengakui komposer Tetap Kamu, Farouk Roman sangat meminati lagu hasil ciptaan Melly.

Title: Tetap Kamu
Artis: Amylea X Megat
Komposer : Farouk Roman
Lirik: Amylea



Lirik lagu Tetap Kamu

Benarkah yang derita
Sulit untuk aku bertahan
Ada hati yang tersimpan
Menginginmu

Ternyata dan teruntuk
Buat diriku hanya kamu
Yang tak mudah meruntuhkan
Setia ku

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bukah
Terangi ku

Mungkinkah jalan kita
Kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu
Merindumu haa

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bukah
Terangi ku

Janjikan aku
Tak kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

"Tidak saya nafikan Farouk memang minat lagu Melly dan boleh dikatakan semua lagu hasil sentuhannya terinspirasi daripada lagu Melly dan muzik dari Indonesia.

"Muzik Tetap Kamu juga hampir sama dengan Tak Pernah Hilang kerana ini adalah kesinambungan daripada lagu berkenaan," katanya ketika ditemui pada pelancaran lagu Tetap Kamu di Kuala Lumpur, hari ini.

Amylea X Megat

Tetap Kamu gandingan terbaru Amylea bersama Megat yang juga protege Aizat Amdan dalam program realiti Mentor Milenia musim ketujuh. Malah liriknya juga ditulis sendiri oleh Amylea.

Lagu berkenaan turut menjadi lagu tema untuk drama bersiri Nur 2 yang akan menemui penonton di TV3 bermula hari ini.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pemilihan Megat, Amylea berkata, walaupun lenggok suara mereka berbeza namun keunikan suara Megat menambat hatinya untuk berkolaborasi bersama.

"Sepatutnya lagu ini saya nyanyi bersama Kaer tetapi disebabkan dia terikat dengan kerja lain saya perlu mencari pengganti.

"Walaupun pada awal agak sukar mencari pengganti namun pemilihan Megat nyata tidak sia-sia. Suaranya sangat luar biasa bagi saya," katanya.

Related Posts

Load comments