Krisis BREXIT, apakah peluang trading yang ada?

Krisis BREXIT, apakah peluang trading yang ada?. Situasi di United Kingdom semakin hari semakin meruncing. Krisis BREXIT masih lagi tiada jalan penyelesaian. Penangguhan tarikh rasmi UK keluar EU membuka krisis baru.

BREXIT

Dalam menghadapi krisis geo-politik berskala besar di eropah ini, kita sebagai pedagang matawang pastinya ternanti-nanti apakah peluang trading terbaik terhasil daripada krisis ini?.

Bagi matawang yang terlibat secara langsung seperti Great Britain Pound Sterling (GBP) dan Euro, impak daripada krisis ini sangat besar terhadap naik turun nilai matawang.

Mampukah kita menjangkakan kesan terhadap nilai matawang sama ada positif atau negatif? - Majalah Forex Malaysia


2 pilihan yang kita ada, sama ada membuat keputusan untuk menjangkakan kesan krisis ini terhadap GBP atau EUR, atau kita mengambil jalan yang lebih selamat tunggu dan lihat terlebih dahulu.

Tetapi, apakah tiada langsung peluang dagangan yang terhasil daripada krisis sebegini? ADA!.

Pilihan terbaik ialah mencari kesan tidak langsung daripada krisis ini, dan "Safe Haven Currency" mungkin ialah jawapan yang kita cari, Swiss Franc (CHF) contohnya.

Related Posts

Load comments