(Gambar) Lelaki bolos dari Mahkamah dikehendaki Polis

Lelaki bolos dari Mahkamah dikehendaki Polis. POLIS memburu orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri ketika hendak dihantar ke lokap Balai Polis Kulim selepas gagal membayar wang denda RM11,000 selepas Mahkamah Majistret Kulim menjatuhkan hukuman terhadapnya, hari ini, kerana memecah masuk pasar raya.

Lelaki bolos dari Mahkamah dikehendaki Polis

Dalam kejadian jam 3 petang, lelaki terbabit, Muhammad Ashaaru At Tamimi Ali, 26, datang sendiri ke mahkamah untuk keputusan jatuh hukum kerana diberi dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas majistret menjatuhkan hukuman, OKT memberitahu isterinya akan membayar denda tetapi disebabkan hari sudah lewat dan wang denda masih belum dijelaskan menyebabkan dia dibawa empat anggota pengiring menaiki kereta untuk ke balai polis.


OKT yang ketika itu dalam keadaan bergari melarikan diri apabila tiba-tiba isterinya membuka pintu kereta dan terus menaiki motosikal bersama wanita berkenaan keluar dari mahkamah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan usaha memburu lelaki terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya sudah mengarahkan semua anggota mengesan suspek yang meloloskan diri dan masih belum ditemui sehingga kini. - HMetro

Related Posts

Load comments