Apa itu Fidyah?
Menurut laman web PPZ MAIWP, ia bermaksud denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (Qada’) bulan Ramadhan.Hukum membayar Fidyah
Wajib. Disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Menurut Firman Allah S.W.T:“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 184)
Berapa kadar Fidyah?
Sebenarnya kadar ini berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-102 pada 30 Mei 2017 telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaa fidyah dan kaffarah di Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):
Kadar Fidyah sebanyak RM 4.00
Berdasarkan kepada nilai gantang gandum iaitu sebanyak RM 3.00 dan RM 1.00 sebagai langkah berjaga-jaga.
Cara pengiraan Fidyah
Berikut adalah dua cara pengiraan kadar bayaran fidyah.Cara 1: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar fidyah (cupak)
Cara 2: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x (Tahun Gandaan) x Kadar fidyah (cupak)
Ada kalkulator fidyah saya boleh guna untuk kira?
Ada beberapa pusat zakat yang mempunyai kalkulator fidyah secara online. Pusat zakat tersebut adalah:
- Lembaga Zakat Selangor
- Pusat Pungutan Zakat MAWIP
- Pusat Zakat Negeri Sembilan
- Lembaga Zakat Negeri Kedah
Bilakah masa bayar Fidyah?
Diberikan keringan tidak berpuasa orang yang telah tua bangka baik lelaki mahupun wanita, orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dan orang-orang yang mempunyai halangan lain yang diizinkan syarak untuk tidak berpuasa.Sebagai tebusannya mereka diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari dengan segera dan tidak menunggu sehingga bulan Ramadhan berikutnya.
Mereka yang wajib membayar Fidyah
- Orang yang uzur tidak mampu berpuasa.
Terdiri daripada golongan yang mengalami sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
Golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Fidyah dikenakan pada tahun Ramadhan yang sama. - Wanita mengandung bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
Tidak berpuasa kerana dikhuatiri keguguran.
Perlu membayar fidya sebaik habis Ramadhan pada tahun yang sama dan menggantikan puasa yang ditinggalkan (jika mampu).
Jika tiba Ramadhan tahun seterusnya, fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa - Wanita mengandung bimbang keselamatan dirinya
Perlu menggantikan puasa.
Jika tidak diganti sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya, barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa. - Ibu yang menyusukan anak
Tidak berpuasa kerana bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayi itu.
Fidyah dikenakan sebaik sahaja habis Ramadhan pada tahun yang sama dan menggantikan puasa (jika mampu).
Jika tiba Ramadhan pada tahun berikutnya, fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa. - Orang yang meninggal dunia
Fidyah dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat. - Melambatkan ganti puasa (qada')
Dikenakan fidyah apabila melangkah tahun Ramadhan yang berikutnya dan juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.
Fidyah dikenakan akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Cara membayar Fidyah secara online
Anda boleh membuat bayaran fidyah secara online di laman web Maybank2u.- Pastikan anda sudah membuat pengiraan bayaran fidyah menggunakan kalkulator fidyah
- Log masuk akaun anda di Maybank2u
- Pilih Accounts & Banking
- Pilih Bill Payment
- Pilih Make A One-Off Payment
- Klik drop down button dan pilih Zakat & Charity
- Pilih pusat pungutan zakat mengikut negeri masing-masing
- Pilih Fidyah dan buat bayaran seperti biasa
Senarai Pusat Zakat yang boleh bayar Fidyah menggunakan Maybank2u
Berikut merupakan senarai pusat zakat tersebut:- Lembaga Zakat Selangor
- Majlis Agama Islam Negeri Johor
- Pusat Zakat Melaka
- Pusat Zakat Negeri Sembilan
- Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
- Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang
- Majlis Agama Islam Pulau Pinang
- Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Terengganu
- Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Jabatan Agama Islam Perlis
- Pusat Zakat Perlis
- Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak
Akhir kalam
Kesimpulannya, dengan teknologi yang serba moden ini, tiada alasan lagi untuk kita untuk melangsaikan hutang kita iaitu fidyah. Hal ini kerana membayar fidyah secara tidak langsung kita membantu golongan yang memerlukan. Menurut Firman Allah S.W.T:“…membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” – Surah Al Baqarah, Ayat 184
Oleh itu, janganlah kita sekali-kali mengabaikan tanggungjawab kita terhadap perintah Allah S.W.T kerana setiap apa yang kita lakukan akan diberi ganjaran sama ada pahala atau pun dosa. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini dan diharapkan amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. The Berkat