Tengku Puan Zanariah mangkat, bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim

Khabar mengenai kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook dan Instagram baginda pada pukul 8.10 pagi Isnin.

Bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah yang sebelum ini menggunakan gelaran sebagai Sultanah Zanariah merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar selepas mendirikan perkahwinan pada 1961.

Tengku Puan Zanariah mangkat, bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim


Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 hingga 1989.

Almarhumah Tengku Puan Zanariah merupakan anakanda ketujuh daripada sembilan beradik kepada Tengku Panglima Raja Kelantan.

Sebelum ini, media melaporkan bonda kepada Sultan Johor Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, telah mangkat di London pada 1 Jun tahun lalu. - MStar

Related Posts

Load comments