Selamat pengantin baru Afiq Muiz dan Pachara Apin

Berita itu disahkan sendiri oleh Afiq Muiz apabila dia sudah bergelar suami kepada aktres baharu, Pachara Apin atau nama sebenarnya Pachara Emmanuel Apin, 28, pada pagi Selasa.

Afiq Muiz dan Pachara Apin berkahwin

Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman, 27, berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Bangi, Selangor dan ia dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat sahaja.

Pelakon drama Air Mata Syurga itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan mereka buat masa ini.


"Benar saya sudah bernikah pagi tadi (Selasa)... Selebihnya nanti saya kongsi kerana buat masa sekarang tidak sesuai," katanya kepada mStar Online.

Dengan sekali lafaz pasangan ini sah bergelar suami isteri. Foto ihsan Eddy Yusman.

Afiq Muiz dan Pachara Apin

Dalam satu majlis akad nikah, Afiq bergelar suami dengan sekali lafaz dan pihaknya menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Pachara berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis akad nikah kedua-dua mempelai ialah aktor Beego dan Syafie Naswip.

Sementara itu pelakon Syafie Naswip pula bakal menjadi adik ipar kepada Afiq apabila dia akan mengikat tali pertunangan dengan Aishah Azman pada 7 April depan.

Pachara Apin - Nur Aaira Mahdeya

PELAKON baharu yang juga isteri kepada Afiq Muiz iaitu Pachara Apin berkata dia mula mengenali aktor itu sejak setahun lalu ketika membintangi drama Air Mata Syurga.

Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 28, berkata, aktor itu melamarnya untuk menjadi isteri pada temu janji kedua mereka.

"Kami berkenalan pada Mac tahun lalu ketika saya bawa watak antagonis, manakala Afiq pula hero drama Air Mata Syurga dan dia ajak saya keluar bertemu kawan-kawan rapatnya.

"Selepas itu pada pertemuan kedua dia terus lamar saya dan beritahu dia tidak mahu seperti pasangan bercinta. Dia mahu serius dalam hubungan itu dan tidak mahu buang masa," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Afiq dan Pachara bernikah pada Selasa.

Pachara yang berasal dari Sabah dan Afiq melangsungkan perkahwinan pada pukul 5 petang Selasa di Pejabat Agama, Hulu Langat.

Tambah Pachara, dia terkejut dengan lamaran berkenaan dan meminta aktor itu untuk memberi masa kepadanya mendalami Islam terlebih dahulu.

Katanya, dia perlu mempelajari agama dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk menukar agama.

"Saya cakap dengan dia berkahwin bukan perkara main-main dan saya perlu membuat keputusan besar dalam hidup saya.

Tapi bagi saya tidak adil untuk tukar agama hanya untuk berkahwin, jadi saya dalami Islam sehingga Mei tahun lalu saya buat keputusan untuk melafazkan syahadah.

"Saya membesar dalam agama Kristian namun saya akui sejak umur lima tahun saya sudah mendalami Islam. Saya bergaul dengan ramai kawan Islam malah kakak saya sendiri sudah memeluk Islam.

"Tapi bagi saya tidak adil untuk tukar agama hanya untuk berkahwin, jadi saya dalami Islam sehingga Mei tahun lalu saya buat keputusan untuk melafazkan syahadah.

"Afiq uruskan semuanya dan bawa saya ke sebuah masjid di Shah Alam," ujarnya.

Dalam pada itu, Pachara berkata, mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan pernikahan pada Selasa disebabkan mengikut masa ditetapkan oleh wali hakim.

Pasangan ini bakal melangsungkan majlis resepsi sebulan selepas selesai penggambaran drama.

Katanya, majlis tersebut berlangsung secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat.

"Dua minggu lalu saya dah buat permohonan kebenaran berkahwin dan terpaksa ikut masa sesuai wali hakim yang menikahkan saya.

"Lagi pula semalam sahaja hari yang Afiq dan saya betul-betul free," katanya.

Pachara berkata, mereka merancang untuk mengadakan majlis resepsi sebulan selepas mereka selesai penggambaran drama terbaharu Mutiara Ramadan. - MStar

Related Posts

Load comments