Perkara yang perlu anda tahu sebelum memilih insurans kereta

Dalam post kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkara yang perlu diketahui sebelum memilih insurans kereta.

Pada umumnya semua syarikat insurans di Malaysia wajib mengguna pakai Tarif Kenderaan Motor yang telah diwartakan atau ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Perkara penting dalam memilih insurans kereta

Perkara yang perlu anda ketahui sebelum memilih insurans kereta adalah seperti berikut:
  1. Insured
  2. NCD (No claim discount)
  3. Loading
  4. Under Insured
  5. Excess

Insured

Adalah Nilai Perlindungan. Nilai ini selalunya telah ditetapkan oleh syarikat insurans. mengikut nilai Mungkin nilai yang ditetapkan ini lebih tinggi daripada nilai pasaran.

Nilai yang ditetapkan oleh syarikat insurans/takaful adakalanya sama dengan syarikat yang lain dan ada juga berbeza-beza mengikut ketetapan syarikat tersebut. Sekiranya terdapat perbezaan nilai perlindungan ini yang mempengaruhi harga insurans kenderaan anda.


NCD (No Claim Discount)

NCD adalah nilai discount sekiranya tiada apa-apa tuntutan dengan syarikat insurans. Ncd juga mempengaruhi harga insurans anda.

Ianya akan meningkat setiap tahun sehingga nilai maksimum selagi tiada sebarang tuntutan. Nilai dari NCD insurans adalah tetap setiap tahun, anda tidak boleh memilih nilai tersebut.

Bagi kereta ia bermula dari:
  1. 0% (tahun pertama)
  2. 25% (tahun kedua)
  3. 30% (tahun ketiga)
  4. 38.33% (tahun keempat)
  5. 45% (tahun kelima) &
  6. maksimum 55% (Tahun keenam)

Pastikan nilai NCD tidak tercicir dan nilai yang betul di dalam polisi anda semasa memperbaharui insurans/takaful.

Sekiranya tidak ianya perlu dirujuk kepada syarikat insurans/takaful ataupun ejen yang bertauliah dari syarikat insurans/takaful tersebut untuk dikemaskini. Nilai NCD akan berbalik pada 0% sekiranya terdapat tuntutan.


Loading (Caj tambahan)

Bagi mendapatkan harga insurans kereta murah ada harus mengelakkan loading ataupun meminimumkan loading tersebut.

Namun begitu, kemungkinan ada sedikit perbezaan harga insurans dari satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain disebabkan oleh loading (caj tambahan) yang dikenakan.

Faktor yang menyebabkan loading adalah:
  • umur kenderaan,
  • umur pemandu,
  • pengalaman pemandu,
  • jenis kenderaan,
  • keupayaan engine (C.C).
  • dan lain faktor yang ditetapkan oleh syarikat.

Sekiranya tiada loading yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut, maka harga insurans kenderaan adalah sama dari semua syarikat insurans di Malaysia.

Loading ini telah ditetapkan oleh syarikat-syarikat insurans di Malaysia. Loading biasanya dikenakan sebanyak 5%, 10%, 15%, 20% & 25% bergantung kepada risiko kenderaan tersebut.


Under Insured

Under insured’ bermaksud nilai perlindungan yang lebih rendah daripada nilai yang ditetapkan oleh syarikat insurans.

Tip ini tidak digalakkan sekiranya anda ingin berjimat kerana boleh mendatangkan kerugian kepada anda sekiranya berlaku kemalangan.

Sekiranya terpaksa, dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang dan anda dalam masalah kewangan maka under insured kebanyakkan menjadi pilihan untuk mendapatkan insurans dan cukai jalan.

‘Under Insured’ biasanya boleh mengikut bajet semasa anda sehingga nilai paling minimum. Menguntungkan sekiranya tiada sebarang tuntutan.

Di sini, saya memberikan satu contoh perbezaan harga insurans/takaful bagi memahami dengan lebih jelas lagi. Contoh:

Ahmad ingin memperbaharui Insurans kereta. Kereta beliau adalah Honda Civic 2.0, tahun dibuat 2005. NCD kereta Ahmad adalah 55%.

Syarikat Insurans A meletakkan harga perlindungan RM40k, NCD 55% dan tiada loading dikenakan oleh Syarikat A. Harga insurans dari Syarikat A adalah RM655.43.

Syarikat Insurans B meletakkan nilai perlindungan RM38k, NCD 55% dan loading usia kenderaan 15%. Harga dari Syarikat B adalah RM723.72.

Kesimpulannya, dalam kes Ahmad ini, walau Syarikat A meletakkan nilai ‘Insured yang lebih tinggi tetapi dan tiada loading dikenakan menyebabkan insurans dari Syarikat A lebih Murah.

Excess

Tidak mempengaruhi harga insurans tetapi adalah caj yang perlu dibayar sekiranya anda ingin membuat tuntutan.

Faktor-faktor yang menyebabkan excess adalah sama juga seperti loading. Seboleh-bolehnya elakkan daripada dikenakan excess.

Dalam memilih insurans kereta yang murah, anda dinasihatkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat insurans.

Jangan kerana terlalu ingin berjimat cermat dan mendapatkan insurans kereta dengan yang murah, kita telah mengabaikan terma dan syarat yang ditetapkan.

Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini anda akan mendapat rugi yang berganda. - ismacemerlang.com

Related Posts

Load comments