Mayat lelaki terapung dalam tangki air di FELDA Palong 12

Mayat lelaki ditemui terapung dalam tangki air di FELDA Palong 12, Jempol semalam.

Mayat lelaki berusia 20-an itu ditemui seorang kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang memantau paras air di tangki air berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis.

Mayat lelaki terapung dalam tangki air di FELDA Palong 12

Berikutan itu, sepasukan polis dan bomba ke lokasi bagi mengeluarkan mayat selepas menerima panggilan pada 10.50 pagi.

Difahamkan, berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam.


Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, pihaknya turut mengambil tindakan pantas menjalankan kerja membersihkan tangki air itu susulan penemuan mayat berkenaan.

Beliau berkata, berlaku gangguan bekalan air dijangka berlarutan hingga malam ini.

“Kawasan tangki air SAINS adalah kawasan larangan dan ia sentiasa berkunci.

“Pada masa ini, SAINS dalam usaha membersihkan semula tangki air itu sebelum bekalan disambung semula kepada pengguna di kawasan terjejas,” katanya. - HMetro

Related Posts

Load comments