Drama Plan Cinta lakonan Redza Rosli dan Azar Azmi

Drama Plan Cinta bersiaran di slot Iris TV3 selama 20 episod. Mula disiarkan pada 29 Januari 2019, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang. Diarahkan oleh Kyoll Hamzah, skrip nukilan Siti Solehah Abdul Ghani dan terbitan produksi Mache AllStar United Sdn Bhd.

Drama Plan Cinta TV3

Para Pelakon

Redza Rosli, Azar Azmi, Neera Azizi, Nazrief Nazri, Didie Alias, Amirul Faqeem, Adibah Noor, Ain Sufia, Ucop Cecupak, Emma Naim, Ben Ryzlan, Nurul Asyiqin, Zuldqarrien Izzya, Nik Aqeef Daniel.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20


Lagu Tema / OST

Malu Mahu - Mark Adam & Suara Academy
Sayang I Love You - Ezreen & The Classmate
Demam Cinta - Haikal Farid feat Asfan Shah

Sinopsis Drama Plan Cinta

Mengisahkan ragam Nizam yang mahu memikat Alisya, adik kepada kawan baiknya sendiri. Alisya belajar di luar negara dan pulang bercuti semester selama enam bulan. Alisya belajar di luar negara, pulang pulang bercuti semester selama 6 bulan untuk meraikan hari perkahwinan abangnya, Ismadi.

Tidak mahu membuang masa, Alisya memilih untuk bekerja sambilan sebagai guru sekolah bagi menampung keperluan di oversea nanti. Pertemuan dengan Nizam, di satu taman akibat insiden yang tidak disengajakan telah membibitkan perasaan cinta namun keduanya menafikan perasaan itu sehinggalah Nizam benar-benar jatuh hati pada Alisya ketika merakam foto majlis pertunangan Ismadi dan Mira.

Plan memikat Alisya menjadi mudah apabila Rahmah, ibu Alisya menyokong niat Nizam. Rahmah tidak mahu Alisya terus menetap di luar negara setelah dia tamat belajar kelak. Selain perlu merahsiakan hubungan mereka daripada Ismadi, perhubungan mereka terganggu apabila Alisya turut diminati oleh Cikgu Irsyad.

Gambar Pelakon


Related Posts

Load comments