Pagar Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dibaling cat hitam. Polis sedang melakukan siasatan terperinci, termasuk untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian pagar Istana Anak Bukit dibaling cat hitam, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi.
“Kita percaya ia berlaku pada jam 1.26 pagi sebelum satu laporan dibuat pada jam 5.35 petang tadi.
“Buat masa ini, siasatan dibuat dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan istana dan sekitarnya untuk mengenal pasti pihak bertanggungjawab melakukan jenayah itu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Mior Faridalthrash berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat. - BHarian
Related Posts
Senarai kawasan terjejas bekalan air 24 April ini di KL dan SelangorGangguan bekalan air 24 April ini di KL dan Selan ...
Pulau Pinang beri bantuan khas Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1kKerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan ...
Gambar majlis akad nikah Bella Dally dan Arif IzuddinTahniah pelakon Bella Dally selamat bernikah deng ...
Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim - Michael Ang"Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya ber ...
Senarai Anugerah Sukan Negara 2018Senarai Anugerah Sukan Negara 2018. Walaupuan seb ...
Harga Toyota Avanza 2019, bermula RM80kHarga Toyota Avanza 2019, bermula RM80k. UMW Toyo ...
Load comments