Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor, Dr Sahrudin Jamal berkata, penyediaan kad itu bagi membantu masyarakat negeri itu mendapatkan rawatan segera di klinik panel.
Cara-Cara Memohon Kad Sihat Johor
A. Isi Borang Permohonan Secara Online1. Sediakan Imbasan (softcopy) Dokumen- dokumen yang diperlukan (jika ada)
- Borang Permohonan yang lengkap dipenuhi (Pemohon)
- Kad Pengenalan /Mykid /Surat Beranak (Pemohon / Suami atau Isteri / Anak-anak)
- Slip Gaji / Pencen / EA (Pemohon / Suami atau Isteri)
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai (Suami atau ister)
2. Layari Sesawang Sihat Johor
- Pemohon Isikan Borang Permohonan online di www.sihatjohor.com.my
3. Muat Naik Dokumen (Jika Ada)
- Pemohon Muat Naik Dokumen-dokumen ke Sesawang www.sihatjohor.com.my
4. Nombor Rujukan di berikan.
- Sistem Maju Sihat akan janakan Nombor Rujukan.
5. Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.
B. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri Berkaitan.
Kategori Pemohon Kad Sihat Johor
A: Keluarga♦ Pemohon dan pasangan serta anak-anak (berumur 18 tahun dan ke bawah dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia)
♦ Warganegara Malaysia
♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon
♦ Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 4,830.00
♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.
B: Individu
♦ Pemohon berumur 21 tahun da ke atas
♦ Warganegara Malaysia
♦ Lahir di Johor atau telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun termasuk pada tarikh memohon
♦ Pendapatan individu sebulan tidak melebihi RM1,500.00
♦ Permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.
Manfaat Kad Sihat Johor
Katanya, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai had maksimum 250 pemohon yang ditawarkan mengikut kategori Keluarga atau Individu.
“Bagi keluarga, setiap kad bernilai RM500 setahun manakala individu hadnya sehingga RM200 membabitkan penggunaan sehingga RM50 bagi setiap sesi rawatan di 248 klinik panel di negeri ini.
“Bagi tujuan mendapatkan kad, pemohon boleh memuat turun borang Kad Sihat Johor secara atas talian di www.sihatjohor.com.my sebelum diserahkan secara manual ke Pejabat DUN masing-masing untuk diproses,” katanya pada sidang media di Kota Iskandar hari ini.
Katanya, semua 3,754 penerima bantuan eKasih perlu mengemukakan permohonan baru bagi memudahkan urusan ke klinik.
“Ini kerana ada di antara golongan itu masih tidak menuntut kad berkenaan dan permohonan baru akan mempermudahkan proses mendapatkan rawatan kesihatan di klinik panel,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap semua pegawai di DUN peka dengan perkara itu dan telus dalam membantu golongan B40 mendapatkan Kad Sihat Johor.
“Mereka ini menjadi barisan hadapan, selain faham dan kenal dengan masyarakat di kawasan masing-masing.
“Pemohon dan ahli keluarga perlu membawa salinan kad pengenalan dan borang permohonan.
“Mereka yang tidak mempunyai penyata gaji perlu merujuk atau mendapat pengesahan daripada penghulu ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing,” katanya.