Drama Kan Kukejar Cinta Kamu [2018] Astro Ria



Saksikan drama terbaru Kan Kukejar Cinta Kamu yang diadaptasikan dari novel yang bakal Bersiaran di slot Megadrama Astro Ria. Dibintangi pelakon cantik Amyra Rosli dan pelakon yang sedang menigkat naik Fendy Bakry. Drama  arahan Yusry Abdul Halim ini bakal menemui penonton pada bulan Disember ini.


                                                           
 Novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari

Details
Tajuk : Kan Kukejar Cinta Kamu
Episod Penuh: 28 Episod
Tarikh Tayangan : 17 Disember 2018
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10.00 Malam
Saluran : MegaDrama (Astro Ria) 104 & Ria HD 123
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Terbitan : Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila

Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Drama ini mengisahkan tentang pasangan kekasih Alma dan Raiyan yang bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Tiga bulan sebelum pulang ke Malaysia, mereka telah berkahwin secara rahsia tanpa memberitahu dahulu keluarga masing-masing.

Nasib malang menimpa Raiyan apabila dia terlibat kemalangan sehari selepas tiba di tanah air. Keadaan lebih teruk apabila Raiyan hilang ingatan yang menyebabkan dia tidak ingat apa-apa. Berbagai cara Alma lakukan untuk mendapatkan Rayyan semula. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Namun apabila mengetahui Alma telah berkahwin dengan musuh keluarga mereka, Alma terus disisihkan. Alma dalam keadaan tertekan dan nekad membawa diri ke Johor Baharu. Di sana dia tinggal bersama Kalsom dan menjadi anak angkat. Alma bertindak untuk bercerai dengan Raiyan setelah mengetahui yang Raiyan akan berkahwin dengan Dilaila.

Gambar Pelakon






Related Posts

Load comments