Drama Jika Masih Ada Rindu lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha

Terbaru di slot Samarinda TV3, drama Jika Masih Ada Rindu telah memulakan siaran pada hari ini 19/12/2018. Membawakan gandingan Kamal Adli dan Siti Saleha, drama ini diarahkan oleh Feroh kadir dan terbitan syarikat F3 Pictures Sdn Bhd.

drama Jika Masih Ada Rindu

Para Pelakon

Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15


Lagu Tema/OST

Afif Tirmizie - Nadi

Sinopsis Jika Masih Ada Rindu

Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

Gambar Pelakon

pelakon drama jika masih ada rindu

Jangan lupa saksikan drama Jika Masih Ada Rindu yang bersiaran selama 15 episod ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3.

Related Posts

Load comments