Saksikan drama Terbaik Dariku yang bakal ditayangkan di slot Samarinda di TV3. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Zara Zya, Hanna Aqeela, dan Azar Azmi. Drama bersiri arahan Along Kamaludin ini bakal bersiaran sebanyak 15 episod. Akan ditayangkan mulai 14 November, setiap Isnin hingga Rabu pukul 9 malam.
Details
Tajuk : Terbaik Dariku
Episod Penuh: 15 Episod
Tarikh Tayangan : 14 November 2018
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip: Adza Emie
Terbitan : Layar Ceritera Sdn Bhd
Details
Tajuk : Terbaik Dariku
Episod Penuh: 15 Episod
Tarikh Tayangan : 14 November 2018
Waktu Siaran : Isnin-Rabu, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip: Adza Emie
Terbitan : Layar Ceritera Sdn Bhd
WATAK PELAKON
Syazuwan Hassan sebagai Taufiq
Zara Zya sebagai Aisyah
Azar Azmi sebagai Suraya
Hanna Aqeela sebagai zaharah
Azri Iskandar sebagai Azman
Dilla Ahmad sebagai Nasuha
Adam Corrie sebagai Tiger
Fadilah Mansor sebagai Saodah
Ikhlas Jalil sebagai Farid
Ainina Ahmad sebagai Zaiton
Aisyah Kamaludin sebagai Laina
Sabhi Saddi sebagai Ahmad
Zara Zya sebagai Aisyah
Azar Azmi sebagai Suraya
Hanna Aqeela sebagai zaharah
Azri Iskandar sebagai Azman
Dilla Ahmad sebagai Nasuha
Adam Corrie sebagai Tiger
Fadilah Mansor sebagai Saodah
Ikhlas Jalil sebagai Farid
Ainina Ahmad sebagai Zaiton
Aisyah Kamaludin sebagai Laina
Sabhi Saddi sebagai Ahmad
Sinopsis Terbaik Dariku
Drama ini mengisahkan tentang Aisyah yang ingin mencapai kebahagian rumah tangga dengan memiliki suami idamannya. Namun hasratnya itu berkecai apabila suaminya itu mempunyai wanita lain dalam hatinya. Aisyah mengahwini Taufiq dengan harapan suaminya itu mampu memberi kebahagian hidup tetapi sebaliknya yang berlaku. Akibat mengikut kehendak ibunya, Saodah supaya berkahwin dengan Aisyah, Taufiq terpaksa hidup bersama wanita yang tidak dicintainya. Ibu Taufiq sebenarnya hanya mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.
Sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah, Taufiq telah berkahwin dengan perempuan lain iaitu Suraya.Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.
Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.
Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.
Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.
Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar?