Saksikan drama Split TV Series yang ditayangkan di Astro Citra. Dibintangi oleh Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Jamal Khan ini bakal bersiaran sebanyak 20 episod. Ditayangkan mulai 1 November, setiap Selasa hingga Rabu pukul 11:00 malam. Dalam drama ini anda akan melihat Shukri Yahaya memainkan pelbagai jenis watak yang berbeza. Kalau anda peminat dram korea, pasti mengingatkan dengan drama popular Kill Me, Heal Me yang dimainkan oleh Ji Sung.
Novel Split oleh Nurul Ain Syuhada
Tajuk : Split TV Series
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 1 November 2018
Waktu Siaran : Selasa-Khamis, 11:00 malam
Saluran : Astro Citra 131 & Citra HD 126
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : MIG Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Sara Ali sebagai Maryam
Shukri Yahya sebagai Mikael
Shah Iskanda sebagai Aryan
Fadzil Zahari sebagai Muaz
Elly Arifin sebagai Dhia
Shukri Yahya sebagai Mikael
Shah Iskanda sebagai Aryan
Fadzil Zahari sebagai Muaz
Elly Arifin sebagai Dhia
Sinopsis Split TV Series
Drama ini mengisahkan tentang percintaan antara Maryam dengan Mikael. Maryam telah jatuh cinta terhadap Mikael namun dia tidak mengaetahui bahawa Mikael sebenarnya mempunyai pelbagai personaliti. Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula mengenali Mikael seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Lebih menarik lagi, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.
Selepas beberapa kali pertemuan antara mereka barulah Maryam mengetahui bahawa Mikael mempunyai banyak karakter yang mana dia sering berubah perangai menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!
Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Mikael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.
Trailer