Sinopsis Filem Jibam

Jibam

Filem Jibam merupakan adaptasi daripada karya kartunis terkenal Ujang. Ditunjangi oleh Muhammad Ariff Abdullah. Turut menampilkan barisan pelakon seperti Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Esma Daniel, Fadlan Hazim, Mia Ahmad dan Kazar Saisi. Sebauah filem arahan Che Mie terbitan Spektra Selasih Sdn Bhd. Filem Jibam akan ditayangkan di pawagam pada 7 Disember 2017.  

TAJUK : JIBAM
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2017
Genre : Drama / Komedi
Skrip : Asmira Suhadis
Pengarah : Che Mie
Terbitan : Spektra Selasih Sdn Bhd / Creative Enterprise Sdn Bhd
Pelakon : Mohd Ariff Bin Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Esma Daniel, Farah Ahmad, Kazar Saisi, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Kamarool Hj Yusof

WATAK PELAKON 
Mohd Ariff Abdullah sebagai Jibam
Bohari Ibrahim sebagai Tok Ngah Sudin
Esma Danial sebagai Suman
Syafie Naswip sebagai Kadir
Fadlan Hazim sebagai Fakir
Mia Ahmad sebagai Zamiah
Nur Farahaizah sebagai Piah
Kazar Saisi sebagai Wok
Kamarool Hj Yusoff sebagai Usin Singai



SINOPSIS JIBAM
Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Jibam atau Ashraf yang sedikit lembab akal fikirannya, namun Jibam mempuyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman untuk mengubati penyakit. Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri. 

Selain itu, turut diketengahkan tentang Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap penonton kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhanya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak kecil ini. Selalu benar Tok Ngah Sudin memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yang baik. Tidak memperdulikan kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tidak membela nasib adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dengan anak Tok Ngah Sudin dan harta-harta peninggalan Suman. 

Jibam juga dibenci Usin Singai, marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman. Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai. Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah ibu Jibam menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar. Kadir berusaha untuk mendapatkan kembali tanah-tanah peninggalan bapanya. Sebagai ibu Piah, seorang yang tenang dalam melayani karenah anak-anaknya terutama Jibam yang selalu menjadi mangsa buli orang-orang kampung .

Related Posts

Load comments