Jurnal Suraya (TV3)

Jurnal Suraya

Nantikan drama Jurnal Suraya yang mengisi slot Zehra TV3. Dibintangi oleh Nad Zainal, Ryzal Jaafar, Johan As'ari dan Aisya Hasnaa. Drama bersiri terbitan Primeworks Studios arahan sutradara Zul Huzaimy. Jurnal Suraya akan ditayangkan bermula 15 November 2017, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : JURNAL SURAYA 
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 November 2017
HARI / MASA : Rabu-Khamis, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra (TV3)
SKRIP : Mufid Suhaimi & Team
PENGARAH : Zul Huzaimy
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Nad Zainal, Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Wanna Ali, Khairi Anwar, Noniswara, Kuza, Adam Shadan, Hilman Aleef, Amir Rahim, Ikhlas Jalil, Nazif Kamal, Mama Shida, Mas Idani, Nur Intan Suria, Mili Supina, Farah Wahida, Nurulaini Imanisa, Shazleen Arisha

WATAK PELAKON 
Nad Zainal sebagai Suraya
Johan As'ari sebagai Alif
Ryzal Jaafar sebagai Imran
Sasqia Dahuri sebagai Niesha
Aisya Hasnaa sebagai Karina
Noniswara sebagai Datin Sofea
Kuza sebagai Puan Sharifah
Wanna Ali sebagai Fina
Adam Shadan sebagai Shah
Hilman Aleef sebagai Fariz
Khairi Anwar sebagai Datuk Hisham

LAGU TEMA / OST 
Mawar - Huza Tahir

SINOPSIS JURNAL SURAYA 
Mengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya.

Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As’ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar).

Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam.

Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika.

Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal.

Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital.

Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? 

GAMBAR PELAKON 
Jurnal Suraya

Pelakon Jurnal Suraya
Pelakon drama Jurnal Suraya

Related Posts

Load comments