Keadaan di AS: Yuna Sedia Bantu Pelajar Malaysia




Semua mengetahui bahawa Amerika Syarikat sekarang berada dalam krisis kepimpinan selepas presiden baru mereka, Donald Trump membuat dasar 'panas' terutamanya berkaitan dengan Islam.

Arahan presiden Donald Trump itu mendapat pelbagai tentangan daripada pebagai peingkat samaada rakyatnya sendiri atau negara luar. Rakyat negara kita juga mungkin akan terkena tempiasnya.

Justeru itu, penyanyi popular tanah air, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, meluahkan rasa ambil beratnya terhadap pelajar Malaysia yang berada di Amerika Syarikat.

Menerusi tulisannya di laman sosial twitter, beliau membuka pintu pertolongan kepada pelajar di sana jika mempunyai masalah berkenaan dasar baru itu.

"Bagaimana keadaan pelajar Malaysia di US, semoga dalam keadaan selamat, maklumkan kepada saya sekiranya anda memerlukan apa-apa bantuan,"



Trump minggu lalu menandatangani tiga tindakan perintah eksekutif ke atas imigresen, bagi menunaikan janjinya pada kempen Presiden AS tahun lalu untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin, membina tembok di antara Amerika Syarikat dan Mexico, dan menjalankan "tapisan melampau" pencari visa dari negara-negara Islam.

Related Posts

Load comments