Elly Mazlein Sedia Bercinta Semula




Elly Mazlein atau juga dipanggil Kak Lina Pom Pom pernah mencetus kontroversi kerana kisah rumah tangganya yang bergolak dan juga ketika dia menarik diri daripada meneruskan cabaran Gegar Vaganza 3 baru-baru ini.

Beliau mengakhiri perkahwinannya dengan perpisahan bersama bekas suaminya, Azmi Hatta yang merupakan seorang pengarah drama.

Dalam perkembangan terbaru, Elly mendedahkan kepada Kosmo! Online bahawa dirinya kini sudah bersedia untuk menerima cinta baharu malah pelakon wanita ini juga turut dikatakan sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang jejaka.

“Saya tidak mahu komen mengenai isu tersebut, namun sebagai wanita dan manusia biasa, saya pun ada hati dan perasaan. Andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya tidak menolak. Cuma buat masa sekarang fokus saya hanyalah untuk kerjaya seni dan membesarkan anak sebaik mungkin,” jelasnya.

Selain itu, hubungannya bersama bekas suaminya telah kembali normal seperti sedia kala namun Azmi dikatakan tidak datang pula pada majlis akikah anak sulung mereka yang diadakan baru baru ini.

Menurut Elly, bekas suaminya itu sentiasa memberi nafkah kepada anaknya namun hanya sekali sahaja bertemu dengan anaknya dan senyap sehingga sekarang.

“Dia ada datang ke rumah untuk bertemu Sefhia tetapi sekali sahaja sebelum senyap sampai sekarang. Namun, dia ada memberi nafkah kepada anak. Selepas hak anak diberi, saya tiada ada masalah dengannya. Itu sahaja yang saya mahukan daripada seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anaknya,” katanya lagi.

Related Posts

Load comments