Selepas Nyanyi, Fattah Amin Jadi Penerbit Eksekutif Pula




Nama Fattah Amin sangat kerap diperkatakan oleh orang ramai pada akhir-akhir ini disebabkan kisah gosip percintaannya dengan pelakon dan pengacara popular Neelofa. Tambahan lagi dia kini baru sahaja menceburi bidang nyanyian dengan melacarkan single terbaru berjudul Wanita Terakhir.

Tindakkannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada semua pihak sama ada komen yang berunsur positif atau negatif. Belum lagi reda kisah tersebut, kini Fattah melebarkan lagi bidang kerjaya dengan menceburi diri sebagai tenaga kerja belakang tabir pula.

Pelakon Suri Hati Mr Pilot itu diberi peluang menjadi Penerbit Eksekutif bagi drama Dia Anak Jeneral yang merupakan projek di bawah terbitan A Aida Production.

Dia yang baru berjinak-jinak dalam bidang pengurusan produksi drama berkenaan itu menganggap itu merupakan sebuah tanggungjawab yang besar kerana dia masih baru.

"Saya tahu, ramai yang mempertikaikan kemampuan saya memandangkan ia bukan kerja yang mudah. Begitupun, saya cuba menggunakan ilmu yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam kerja ini. Saya tahu, saya mampu melakukan kerja terbabit," jelasnya kepada BH Online

Beliau yang turut berlakon dalam drama berkenaan menjelaskan yang dia akan memastikan dirinya sentiasa memantapkan ilmu, terutamanya dalam bidang yang diceburi. Baginya ilmu tidak akan habis sehingga ke hari tua nanti dan berpendapat ilmu tidak akan datang sendiri sebaliknya perlu dicari.

Fattah sewaktu penggambaran Drama Dia Anak Jeneral

Related Posts

Load comments