Program Mike dan Mark Diari Mualaf

Program Mike dan Mark Diari Mualaf merupakan rancangan realiti vlog bersama dua saudara Mualaf Michael Ang dan Mark Adam dimana mereka menemukan pelbagai pertanyaan dalam proses mereka untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup Islam.

Program Mike dan Mark Diari Mualaf

Di episod 1, Michael Ang dan Mark Adam berjumpa di Masjid sambil menceritakan pengalaman ketika mereka memeluk Islam dan reaksi keluarga setelah penghijrahan mereka itu.

Di episod 2, Michael Ang dan Mark Adam mempunyai soalan berkenaan hukum menyambut hari lahir dengan meniup lilin di dalam hukum Islam.

Di episod 3, Michael Ang dan Mark Adam mengadukan persoalan berkenaan budaya dan agama dimana sesetengah bangsa atau kaum mencampuradukkan tradisi budaya dan agama sehingga mendatangkan kekeliruan.

Di episod 4, Michael Ang dan Mark Adam membangkitkan persoalan tentang pengharaman anjing dalam kalangan umat Islam. Selain itu, mereka juga cuba memahami tentang solat Jamak dan rukun-rukunnya.


Related Posts

Load comments