Cara Mencegah Virus Influenza Dari Merebak dan Rawatan

Apa itu virus Influenza?
Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema (flu) dan merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza).

Cara Mencegah Virus Influenza

Pada manusia pula antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan.

Jika kes yang lebih teruk, virus influenza juga boleh menyebabkan pneumonia yang boleh membawa maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.


Rawatan ifluenza

Bagaimana virus ini berjangkait:
  1. Virus ini merebak melalui titisan salur pernafasan pesakit khususnya yang terhasil apabila pesakit batu dan bersin.
  2. Titisan cecair pernafasan itu mungkin mencemari tangan pesakit atau permukaan yang terdapat di persekitaran.
  3. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melaui pernafasan apabila berada dalam jarak kurang daripada satu meter dari pesakit atau apabila bersentuhan dengan permukaan tercemar.

Langkah-Langkah Pencegahan

  • Tutup mulut dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin.
    Buang tisu dalam tong sampah. Segera cuci tangan dengan air dan sabun.
  • Gunakan penutup mulut dan hidung.
    Gunakan jika anda sakit dan mengalami gejala selsema.
  • Kerap cuci tangan.
    Jaga kebersihan diri sepanjang masa.
  • Dapatkan vaksin Influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta, khususnya bagi golongan berisiko tinggi.
    Seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Jika Mengalami Sebarang Gejala Berikut:

  • Demam
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Sakit kepala
  • Sukar bernafas

Segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya gelaja menjadi bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan.

Kaedah Rawatan Virus Influenza

Cara paling berkesan untuk mengubatinya ialah melalui vaksinasi. Tetapi untuk pesakit dewasa, vaksinasi influenza hanya mampu melindungi virus daripada terus merebak. Ini kerana virus itu tidak sepadan dengan vaksin yang diberikan.

Related Posts

Load comments