RTM akan menyiarkan telefilem 'Lafaz' yang mengangkat kisah tentang penyakit Alzhaimer. Telefilem arahan Hisyamudin Ahmad ini akan ditayangkan pada Jumaat, 13 Disember pukul 9.00 malam di TV2.
JUDUL : LAFAZ
WAKTU SIARAN : Jumaat, 13 Disember 2019, 9:30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Azharul Azmir Kamarulzaman
PENGARAH : Hisyamudin Ahmad
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Qi Razali, Diana Aqila, Syed Muhammad Baqir, Syazwan Zulkifly, Akmal Ahmad, Mardiana Alwi, Salina Saibi, Wan Hanafi Su
SINOPSIS LAFAZ
Mengisahkan pasangan suami isteri, Zayan dan Prisia yang keduanya menghidap penyakit Alzheimer. Zayan yang menanggung penyakit telah melafazkan cerai pada isterinya, Prisia dalam keadaan tidak sedar. Namun Zayan tidak mengetahui isterinya juga menghidap penyakit yang sama dan penyakit ini telah membawa konflik besar dalam rumahtangga mereka.
Setelah sedar daripada kesilapannya, Zayan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka. Namun malangnya mereka tidak boleh rujuk semula atas faktor kesihatan kedua-duanya. Situasi itu cukup menyedihkan Naqi, anak lelaki mereka.
Ketika itu Naqi berusaha untuk menyatukan kembali ibu bapanya yang terpisah walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Wujud watak Malik dan Anum antara penduduk kampung yang prihatin mahu membantu menyelesaikan masalah dihadapi keluarga ini.