Pasaran Forex di Hujung Tahun

Kita telah memasuki bulan Disember 2019. Bulan terakhir sebelum melangkah ke tahun baru 2020.

Pasaran Forex di Hujung Tahun

Pasaran Forex tetap berjalan seperti biasa, tetapi sedikit berisiko. Ini adalah kerana pada hujung tahun kebanyakan pedagang utama mungkin telah keluar dari pasaran samada untuk tujuan pengurusan akaun tahunan atau bercuti.

Pasaran akan kehilagan apa yang dinamakan liquidity (kecairan).


Ingatkah anda insiden yang berlaku pada penghujung tahun lalu dan memasuki tahun 2019 dimana satu insiden yang mengejutkan berlaku di mana Yen Flash Crash telah menggemparkan dunia dagangan forex.

Risiko dagangan dilakukan semasa pasaran berada dalam keadaan kecairan yang rendah (low liquidity) ialah harga boleh melojak dan menjunam secara tiba-tiba.

Manipulasi boleh berlaku dengan mudah kerana kurangnya order yang wujud dalam pasaran berbanding pada waktu-waktu yang lain sepanjang tahun.

Oleh itu anda disarankan supaya lebih berhati-hati pada ketika ini. - Majalah Forex Malaysia

Related Posts

Load comments