Saksikan telefilem komedi kekeluargaan 'Nenek Aku Insta-Famous' pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam, menerusi Slot Panggung RTM di TV1.
JUDUL : NENEK AKU INSTA-FAMOUS
WAKTU SIARAN : Sabtu, 9 Disember 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Tasya Soraya
PENGARAH : Ikhsan Sukiman
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Ewal, Normah Damanhuri, Sham Visa, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan, Jalil Hamid, Lieza Khalid
SINOPSIS NENEK AKU INSTA-FAMOUS
Kisah Rafiq, seorang instafamous yang sedang membuat video viral mengenai ’What does it mean to be 21’ telah ditangkap atas kesalahan menerima bahan terlarang di dalam kelab malam. Sebagai seorang yang popular di kolej, Rafiq telah dihukum gantung kolej selama sepenggal bagi membersihkan nama kolej dan meredakan keadaan pada ketika itu.
Mansor dan Lia yang merupakan ibu dan bapa kepada Rafiq kesal dengan perkara tersebut. Sebagai ayah yang juga merupakan seorang selebriti dan sibuk mencari nafkah buat keluarganya, Mansor meletakkan seluruh kesalahan kepada Lia yang juga seorang motivator berpengaruh kerana tidak mengawasi aktiviti anak mereka.
Setelah berfikir panjang, Lia akhirnya menyuarakan cadangan agar Rafiq dihantar pulang ke kampung suaminya untuk menghabiskan cuti penggantungan Rafiq dari kolej. Mansor yang masih menyimpan dendam pada ibunya, Mak Timah Andam mengenai perpisahan ibu dan ayahnya ketika dia masih kecil pada awalnya menolak. Namun setelah diyakinkan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk menyembunyikan Rafiq dari masyarakat umum, Mansor terpaksa bersetuju.
Rafiq terpaksa menurut dan akur akan kata ibu dan bapanya. Kehidupan di kampung membuatkan Rafiq bosan sehinggalah Rafiq mengetahui bahawa neneknya Mak Timah Andam merupakan seorang usahawan jamu dan mempunyai instagram serta pandai membuat video tutorial.
Kagum akan kehebatan neneknya, Rafiq membantu menaikkan follower instagram Mak Tmah Andam dan membantu mempromosikan jamu sehingga Mak Timah Andam dikenali dengan nama “Granny With Masquerade” dan popular.