(Lirik Video) Asmara Lagu Terbaru Amir Masdi

Lagu Asmara single terbaru Amir Masdi adalah hasil ciptaan komposer Ikhwan Fatanna, Ayden Ali dan John Jeevasingham, manakala lirik pula ditulis bersama penerbit drama berkenaan iaitu Arisz Ab Rahman.

Asmara Lagu Terbaru Amir Masdi

Apa yang menarik, single yang dilancarkan pada 26 Disember lalu itu dipilih menjadi lagu tema drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis lakonan Nafiz Muaz dan Uqasha Senrose yang ditayangkan di slot Drama Vaganza saluran Astro Ria.


Lirik video rasmi lagu Asrama - Amir Masdi


Indahnya dari pandangan
Aku hilang arah
Lemas dalam asmara

Terasa debaran cinta
Ku warna dunia
Terlakar takdir kita

Jangan kau terus membisu
Jujur saja padaku
Siapaku di jiwamu

Berikan aku cinta
Yang tulus tanpa ragu
Yang mampu menerangkan
Setiap ruang hatiku

Kerana ku tak sanggup
Untuk dilukai cinta ini
Untuk dia

Sejak menjuarai Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Masdi tidak pernah lelah untuk berusaha mengukuhkan namanya dalam industri muzik tempatan.

Sebelum ini, Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi pernah menghasilkan single berjudul Pemilik Cinta pada 2016 bersama Astro dan kemudian menghasilkan single Waktu (2017) dan Puas (2018) bersama Nova Music.

Walaupun baru muncul dengan lagu Kau Sakiti terbitan Faithful Music pada Julai lalu, kini Amir mempertaruhkan single terbaharu, Asmara dengan kerjasama Nova Music dan Seventeen Eleven Music.

“Saya kembali bekerjasama dengan Nova Music yang turut menjalin kerjasama dengan Seventeen Eleven Music dalam penerbitan dan pemasaran single terbaru saya ini.

“Saya percaya dengan kekuatan gabungan kedua-dua syarikat rakaman ini, single terbaru saya boleh mendapat pendedahan yang lebih meluas.

“Hubungan kerjasama yang rapat antara Nova Music dan Seventeen Eleven Music dengan syarikat produksi drama tempatan meyakinkan saya lagi dengan kemampuan mereka kerana kerjasama strategik ini banyak membantu dalam memperkenalkan sesebuah lagu itu kepada khalayak,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan seninya yang bukan kebiasaan merakam lagu dengan banyak syarikat rakaman dalam tempoh singkat, Amir berkata, semua itu berlaku secara kebetulan.

“Bukan perancangan saya untuk berbuat begitu. Bagi saya, untuk terus kekal relevan dalam industri muzik, kita perlu merebut setiap peluang yang tiba.

“Saya bersyukur kerana masih ada pihak yang yakin dengan bakat dan potensi saya. Saya juga bertuah kerana pengalaman bekerja dengan syarikat rakaman yang berlainan ini memberikan saya peluang menimba banyak ilmu mengenai muzik dan penerbitan lagu kerana masing-masing ada cara dan gaya tersendiri,” katanya.

“Secara peribadi, lagu ini amat bermakna buat saya berbanding dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya turut memberikan sentuhan peribadi kepada lagu ini. Kali ini saya bukan setakat hadir untuk merakamkan vokal, tetapi turut diberi peluang terbabit dalam proses susunan muzik bersama komposer dan penerbit lagu ini.

“Saya berharap lagu ini menaikkan lagi profil saya sebagai penyanyi dan mampu membawa saya ke pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengukuhkan lagi nama saya dan mengekalkan momentum kerjaya seni saya dalam industri muzik tempatan,” katanya.

Antara hasil karya sentuhan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali adalah Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip, Pujaan Hati (Adira Suhaimi) dan Takdir Tercipta (Hafiz dan Adira).

Gandingan kedua-dua penulis itu turut menjayakan single terdahulu Amir berjudul Puas menjuarai carta Top 40 Hot selama tiga minggu.

Sumber: HMetro

Related Posts

Load comments