Lagu Lelaki Di Telefon oleh Afieq Shazwan ft Malik Abdullah

Afieq Shazwan menafikan dakwaan segelintir warganet lagu Lelaki Di Telefon yang berentak reggaeton meniru lagu Donde dan Satu Peluang dendangan Andi Bernadee.

Menurut Afieq, 22, dia hanya mengetengahkan kreativitinya dalam muzik menerusi single baharunya itu.

Afieq Shazwan

“Dakwaan itu tidak betul. Idea asal lagu Lelaki Di Telefon adalah daripada komposer DJ Fuzz dan Aziquebeats.

“Saya hanya memasukkan elemen tradisional dan gitar rock yang juga daripada formula lagu reggaeton,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai lagu Lelaki Di Telefon itu lagi, katanya, dia juga mendapat inspirasi formula lagu itu dari barat.

“Lagu reggaeton juga skopnya tidak besar. Tempo lagu ini juga inspirasi daripada muzik kumpulan boyband latin terkenal dari Amerika Syarikat, CNCO,” katanya.



Lirik Lagu Lelaki Di Telefon

Dah berkali-kali ku biar
Kau mengatakan itu fitnah
Lelaki di telefon
Sekadar teman ku tak kenal pun

Baru-baru ini ku sedar
Ternyata kata mereka benar
Salah belok selekoh
Rupa-rupanya kau dah selingkuh

Bila dipersoal kau tiada jawapan
Pahitnya berakhir dengan pertelingkahan
Tiada penyudah kau kata ku mulakan
Maaf sayang kini aku sudah tak tahan

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Ramai yang berkata kau liar
Aku hanya dengar dan diam
Lelaki di telefon
Rupanya teman di waktu tidur

Dan akhirnya ku mula sedar
Ternyata kata mereka benar
Salah belok selekoh
Bukti depan mata kau selingkuh

Bila dipersoal kau tiada jawapan
Pahitnya berakhir dengan pertelingkahan
Tiada penyudah kau kata ku mulakan
Maaf sayang kini aku sudah tak tahan

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon

Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

(Malik Abdullah)
Cakap terang, siapa itu
Cakap sekarang, jangan tipu
Bila check message kau tersipu-sipu
Panggil dia sayang
Panggil aku Bae kau dah keliru

Tolong jawab jangan gagap
Pilih kata betul-betul bila kau nak cakap
Bila aku telefon dulu kau jawab cepat
Sekarang biar berdering-dering lambat angkat

Sudah-sudah jangan bagi alasan
Kau pilih dia, teruskan berpasangan
Kau pilih aku, jangan dipermainkan
Bisik hati aku baik cari lain kan?

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon
Siapa lelaki di telefon
Rupa-rupanya kau mendua
Sungguh mudahnya kau berubah

Lelaki di telefon 4x

Ditanya penerimaan peminat pula, Afieq mengakui jumlah pengikutnya di laman Instagram juga meningkat kerana populariti lagu Lelaki Di Telefon itu.

Katanya, selepas dua minggu lagu Lelaki Di Telefon di YouTube, jumlah pengikutnya juga bertambah dan kini mencecah 724,000 di laman Instagram.

“Saya akui ramai peminat yang bertanya persamaan lagu Lelaki Di Telefon dengan lagu Andi itu.

“Lagu Andi mungkin lebih seksi tetapi lagu Lelaki Di Telefon lebih kepada untuk mengajak remaja menari bersama.

“Namun, komen yang diberikan peminat juga positif sekali gus menaikkan lagi nama saya sebagai penyanyi,” katanya.

Pada masa sama, kata Afieq, dia juga menganjurkan Video Challenge lagu Lelaki Di Telefon khusus untuk peminat di laman sosial.

“Video Challenge ini membabitkan kerjasama dengan syarikat pengurusan.

“Pihak kami akan memilih 10 pemenang terbaik untuk memenangi hadiah ditawarkan nanti,” katanya.

Related Posts

Load comments