Tahniah diucapkan kepada penyanyi rap Joe Flizzow kerana Sabtu lalu telah selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan. Majlis yang berlangsung di kediaman Marini di Petaling Jaya itu dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Perkhabaran gembira itu disahkan oleh ibu Joe, Aishah Ali. Menurut ibu Joe lagi, pasangan itu berkenalan sejak 15 tahun lalu namun mula menjalin hubungan serius sejak 2016.
“Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, ibu Joe berkata lagi anaknya itu mempunyai misi tersendiri dalam perjuangan seni dan mahu mengejar cita-citanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Marini, sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn Bhd, namun kini memilih untuk bekerja sendiri.
Sumber: Berita Harian
Gambar pertunangan Joe Flizzow dan Marini Ramlam, plan nikah April depan
Related Posts
Load comments