Drama Rindu Yang Terlarang lakonan Zahirah MacWilson dan Fikry Ibrahim

Akan datang di slot DramaVaganza Astro Ria, drama Rindu Yang Terlarang yang merupakan adaptasi dari novel nukilan Umie Nadzimah. Disiarkan selama 20 episod selepas tamatnya drama Satukan Rasa nanti. Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Rindu Yang Terlarang

Para Pelakon

Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid.



Sinopsis Rindu Yang Terlarang

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura.

Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali.

Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula.

Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

Drama Rindu Yang Terlarang

Drama Rindu Yang Terlarang

Related Posts

Load comments