Drama Misi Rumah Impian lakonan Awal Ashaari dan Scha Alyahya

Drama pendek Misi Rumah Impian akan bersiaran di TV3, pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.50 malam bermula 27 November ini.

Drama Misi Rumah Impian

Drama pendek arahan Izuan Mokhtar itu mengisahkan mengenai sepasang suami isteri muda dilakonkan oleh Scha dan Awal yang sedang mencari rumah impian dengan pemaju perumahan, EcoWorld dengan beberapa kriteria tertentu.

Antaranya adalah ​ciri keselamatan, taman perumahan berpagar, mempunyai kawalan ketat daripada polis bantuan, kecantikan persekitaran dan persekitaran tenang yang menghijau.

​Antara lokasi perumahan yang disiarkan adalah Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor, Eco Tropics di Pasir Gudang, Johor, dan Eco Majestic di Semenyih, Selangor.

Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya atau dikenali sebagai Schawal buat pertama kali berlakon bersama sepanjang tujuh tahun berkahwin.

Menurut Awal, dia dan Scha ada alasan tersendiri kenapa tidak pernah berlakon bersama sebelum ini.

“Sebelum kahwin, kami pernah berlakon bersama. Tapi, selepas kahwin dan ada anak seorang, ini kerjasama pertama kami. Kiranya, sepanjang perkenalan kami ini baru dua kali bersama di kaca televisyen membabitkan lakonan.


“Bukan tak nak berlakon bersama sebelum ini, tapi kami tidak mahu ia menjadi fiksyen. Apabila berlakon, memerlukan masa yang panjang di lokasi. Jadi, kalau pulang rumah akan hilang rasa bosan nak melayan pasangan. Bagi saya ia sesuatu yang tidak sihat.

“Mungkin orang lain berbeza dan ada cara nak kawal perkara itu. Tapi, bagi kami sebaiknya fokus pada kerjaya masing-masing. Ditambah pula, kami memiliki karektor yang berbeza,” katanya.

Berkongsi mengenai program dan drama empat episod itu, Scha berkata, ia dekat dengan diri mereka dan keadaan semasa sekarang.

“Program ini sangat dekat dengan kami. Ia boleh dikaitkan bila masuk dalam sesebuah rumah, apa yang saya mahu berbeza dengan apa Awal inginkan. Sejujurnya kami banyak berbeza pendapat sebab berlainan cita rasa.

“Jadi, apabila selalu berbeza pendapat, macam mana kami nak bersetuju membabitkan perkara tertentu. Apabila bercakap soal rumah, ia membabitkan kos yang tinggi. Rumah yang dibeli adalah komitmen sampai bila-bila.

“Cuma, menariknya disebabkan terbabit dalam program ini, banyak perkara yang kami sudah faham mengenai cita rasa masing-masing. Kami boleh guna pakai untuk situasi sekarang,” katanya. HMetro

Related Posts

Load comments