Sinopsis 7 Hari Kisah Cinta Langkawi (2019)

7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Filem komedi romantik '7 Hari Kisah Cinta Langkawi' lakonan Josiah Hogan, Mark Adam dan Peter Davies akan mula ditayangkan bermula 31 Oktober 2019.

TAJUK : 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Pengarah : Anwardi Jamil Sulong
Terbitan : Q-Plex Communication Sdn Bhd, Point Studios Sdn Bhd
Pelakon : Josiah Hogan, Mark Adam, Peter Davies, Chi Azim, Tengku Ely, Amai Kamaruddin, Sharifah Shahira, Shahruddin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili

SENARAI PELAKON
Mark Adam sebagai Nik
Josiah Hogan sebagai Joe
Peter Davis sebagai Ben
Sharifah Shahirah sebagai Mok Cik.
Amai Kamarudin sebagai Zul
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Rahim.
Chi Azim sebagai Adira
Tengku Norsaili sebagai Eli
Tengku Rhea sebagai Rhea Koolfm

SINOPSIS 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI
Berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (dijayakan oleh Josiah Hogan) mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (dijayakan oleh Tengku Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media social.

Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben (dijayakan oleh Peter Davis) yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik (dijayakan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu pelan Joe untuk merosakkan reputasi Adira (dengan cara yang tak sengaja).

Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim (dijayakan Oleh Shahruddin Thamby) telah memaksa anak rakanniaganya, Zul (dijayakan oleh Amai Kamarudin) segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya.

Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Related Posts

Load comments