Filem televisyen (FTV) Geng di Astro First lakonan Lisa Surihani, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa

Saksikan filem televisyen (FTV) bertajuk Geng yang akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 bermula 18 Julai ini dengan harga RM15. Astro First juga boleh dilanggan menerusi platform Video On Demand.

Filem televisyen (FTV) Geng di Astro First

Para Pelakon

Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Alif Satar, Hisyam Hamid, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.


Sinopsis Geng (Astro First)

Mengisahkan tentang Isabella (Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya, ‘Geng Naga Kilat’, memaksa beliau untuk membuat satu lagi penghantaran dadah.

Isabella enggan membuat sedemikian mengakibatkan ibunya (Fatimah Abu Bakar) diculik. Isabella ingin mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya, justeru beliau mendapatkan bantuan dari dua rakan baik beliau, Anita (Nadiya Nisaa) dan Mariam (Lisa Surihani).

Kebetulan Anita yang merupakan seorang peguam dan Mariam pula yang merupakan seorang bekas jurutera dan kini merupakan suri rumah sepenuh masa, turut dilanda masalah; masing-masing ditempat kerja dan hal keluarga.

Ingin bebas, Anita dan Mariam kemudiannya bersetuju untuk membantu dan mengikut Isabella ke Padang Besar bagi menyelesaikan tugasan terakhirnya, seterusnya membebaskan ibu Isabella dari gengaman ‘Geng Naga Kilat’.

Dalam perjalanan, mereka mengimbas kembali momen-momen istimewa yang menggamit memori ketika di zaman persekolahan. Hubungan mereka kembali erat namun pelbagai dugaan yang berlaku di sepanjang perjalanan merumitkan proses untuk mereka berbaik semula.

Berjayakah mereka membantuI sabella keluar dari belenggu ini? Mampukah juga Isabella meninggalkan teman lelakinya, Alex (Hisham Hamid), yang turut merupakan ketua kumpulan ‘Geng Naga Kilat’, dan yang paling utama, adakah hubungan Isabella dengan kedua-dua rakan baiknya, Anita dan Mariam kembali terjalin, ‘Freshies for life’?

Gambar Pelakon

Related Posts

Load comments