Filem Ada Apa Dengan Dosa lakonan Wanna Ali dan PU Rizz Ismail

Filem Ada Apa Dengan Dosa lakonan Wanna Ali dan PU Rizz Ismail. Muhammad Haris Ismail atau Riz terharu dan berterima kasih kepada penerbit filem, Datuk Ayu Putih yang baru-baru ini memberi kenyataan merestui andai anak perempuannya Wanna Ali mahu serius bercinta dengan pelakon sedang mencipta nama dan juga bekas peserta program realiti, Pencetus Ummah itu.

Filem Ada Apa Dengan Dosa

Para Pelakon

Wanna Ali, PU Syed, Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corrie Lee, Fauziah Nawi.

Terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd dan arahan pegarah Rahila Ali.

Kenyataan terbabit diberikan penerbit filem itu baru-baru ini, memandangkan Wanna dan Riz terbabit di dalam karya terbaru terbitannya Ada Apa Dengan Dosa (AADD) bakal ditayangkan di pawagam akhir tahun ini.


Sewaktu dihubungi hari ini, Riz bagaimanapun mengulas, seperti yang dinyatakan oleh Ayu sendiri, dia dan Wanna dilihat rapat kerana sama-sama menjayakan filem AADD.

“Saya tidak sangka pula Ayu memberikan kenyataan seperti itu. Saya tidak tahu mengapa dan apa kualiti yang dia nampak ada pada diri ini sehingga membuatkannya mahu merestui hubungan andai saya dan Wanna bercinta,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, hakikatnya dia dan Wanna tiada apa-apa hubungan istimewa. Malah sepanjang menjayakan filem AADD, hubungan yang terbina tidak lebih daripada rakan sekerja.

“Bagaimanapun saya akui sepanjang bekerja dengan Wanna, dia baik dan mudah memberikan kerjasama.

“Sebagai orang baru dalam dunia lakonan, Wanna juga tidak lokek ilmu dan banyak mengajar saya. Maklumlah dia lebih berpengalaman berbanding saya dalam bidang lakonan,” katanya.

Riz juga menegaskan hubungan baik yang terjalin antara dirinya dan Wanna tidak akan sampai kepada membabitkan soal hati serta perasaan.

“Lagipun kami muda dan perjalanan hidup masih jauh. Wanna ada cita-cita yang mahu dikejar. Kalau tidak salah saya dia pernah bercerita untuk menyambung pengajian di Australia.

“Saya pula sekarang ini kembali menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang pendidikan dan undang-undang menjadi subjek minor.

“Jadi untuk memikirkan soal cinta rasanya saya tidak mampu kerana harus memberi tumpuan kepada pengajian dan juga kerja dakwah,” katanya. - HMetro

Related Posts

Load comments